KUALA LUMPUR 2 Ogos – Sebanyak sembilan individu berdepan detik cemas apabila lif dinaiki mereka mengalami kerosakan dan jatuh dari tingkat lima ke tingkat bawah dalam kejadian di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kerinchi, Pantai Dalam, di sini hari ini. Dalam kejadian kira-kira pukul 2.30 petang itu, empat mangsa termasuk seorang wanita dan seorang kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun patah kaki, empat lagi mangsa cedera di pergelangan kaki manakala seorang…










