UPM alu-alukan pelantikan Tan Sri Ghauth Jasmon - Utusan Malaysia

UPM alu-alukan pelantikan Tan Sri Ghauth Jasmon

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

1. Kenyataan ini adalah merujuk kepada isu pemendekkan tempoh Pengerusi Lembaga Pengarah UPM (LPU), Datuk Seri Diraja Syed Razlan Jamalullai, melalui surat yang dikeluarkan oleh Menteri Pendidikan baru baru ini. Universiti Putra Malaysia (UPM) mengucapkan terima kasih kepada beliau, di atas khidmat bakti sebagai ahli LPU sejak 2016 dan sebagai Pengerusi LPU sejak Oktober 2018.

2. Sebagai universiti Penyelidikan yang kedua terbaik di Malaysia dan keempat terbaik di Asia tenggara, dengan bilangan pelajar hampir 30 ribu, UPM perlu terus memberi fokus kepada kecemerlangan akademik untuk memastikan UPM sentiasa dihormati dan disegani di persada dunia. Oleh yang demikian, sebarang kemelut dan cabaran baik dalaman mahupun luaran perlu ditangani dengan kaedah yang profesional dan mengikut peraturan yang telah digariskan.

Dalam hal ini, warga UPM mengucapkan setinggi terima kasih kepada Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malik atas keprihatinan beliau dalam membuat keputusan yang terbaik demi kepentingan UPM, warga UPM dan kecemerlangan institusi pengajian tinggi di Malaysia.

Memuatkan artikel berkaitan…

3. UPM juga ingin mengalu-alukan pelantikan Tan Sri Ghauth Jasmon yang berpengalaman luas dalam mentadbir universiti. UPM percaya bahawa pelantikan ini akan membolehkan UPM untuk memberi fokus semula kepada kecemerlangan universiti, dengan lebih terancang dan seterusnya dapat melonjakkan lagi reputasi dan kewibawaan UPM dalam kalangan universiti terkemuka di dunia.

Terima kasih sekali lagi diucapkan kepada YB Menteri Pendidikan atas pelantikan yang amat tepat dalam meletakkan UPM di atas landasan yang terbaik dengan berteraskan integriti .

4. Dalam pada itu, semua warga UPM akan terus memberikan sokongan penuh kepada langkah yang telah diambil oleh pihak menteri yang mahu memperkasakan kelangsungan kecemerlangan universiti.

Semoga kita dapat menzahirkan komitmen dan kerjasama yang penuh kepada Pengerusi LPU yang baharu, ke arah mencapai sasaran Kementerian Pendidikan untuk meletakkan UPM pada kedudukan 100 universiti terbaik di dunia dalam tempoh beberapa tahun yang akan datang. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini