KUALA LUMPUR 29 Ogos – Maybank, bank keempat terbesar di Asia Tenggara dari segi aset, mencatat keuntungan sebelum cukai bagi suku berkenaan meningkat 1.6 peratus kepada RM2.65 bilion berikutan peningkatan 1.2 peratus dalam pendapatan operasi bersih serta pengurangan rosot nilai bersih sebanyak 19.6 peratus. Bagaimanapun, menurut Maybank, untung bersihnya, susut 0.9 peratus kepada RM1.94 bilion bagi suku kedua berakhir 30 Jun 2019 berbanding RM1.96 bilion bagi tempoh sama 2018. Ini…










