KUALA LUMPUR 29 Ogos – Sumbangan untuk kakitangan Utusan Malaysia dan Kosmo! terus mencurah-curah apabila UMNO Cawangan Selayang Baru tampil menghulur bantuan hari ini. Pengarah Programnya, Firhat Yasir Omar berkata, barang-barang keperluan itu adalah hasil ahli jawatankuasa cawangan dan ahli-ahli UMNO tersebut menerusi program amal yang dijalankan selama empat hari bermula 25 Ogos lalu. “Utusan Melayu dan orang Melayu tidak dapat dipisahkan. Ia rapat. Serapat lidi yang dijadikan penyapu. Kita…










