KUALA LUMPUR 4 Ogos – UMNO mesti kekal berada dalam landasan perjuangan untuk mempertahankan agama, bangsa dan negara meskipun kecundang dalam pilihan raya umum yang lalu. Bendahari UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, untuk mencapai hasrat itu, parti sentiasa perlu diperkukuhkan agar tidak tersasar daripada objektif sebenar. Katanya, setiap ahli UMNO perlu rapatkan saf perjuangan bagi berdepan kerajaan Pakatan Harapan (PH) yang dilihat bergelut dengan berlaku pelbagai perkara…










