KUALA LUMPUR 29 0gos – Syarikat penerbangan tambang murah AirAsia menyerahkan kepada pihak pengurusan dan lembaga pengarahnya bagi sebarang tuntutan kerugian akibat gangguan teknikal yang berlaku baru-baru ini di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2). Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan (Teknologi dan Digital) AirAsia, Aireen Omar berkata, gangguan teknikal yang berlaku di kedua-dua lapangan terbang utama KLIA dan KLIA2 itu telah menyebabkan kerugian kepada semua syarikat penerbangan. “Saya percaya…










