PASIR GUDANG 4 Ogos – Badan Bertindak Penduduk Isu Pencemaran Alam Sekitar (BBPIPAS) menuntut lima perkara daripada pihak berwajib dalam usaha mencegah dan menangani pencemaran alam sekitar yang berpunca daripada kilang-kilang di daerah ini. Timbalan Pengerusi BBPIPAS, Mohd. Rafee Abdullah berkata, pertamanya perlu mewujudkan persekitaran lestari dengan mempercepat penubuhan Jabatan Alam Sekitar (JAS) cawangan Pasir Gudang dan mewujudkan akta baharu yang lebih tegas terhadap pihak mencemar alam sekitar. Selain itu…










