SEREMBAN 2 Ogos – Pas mempersoalkan pendirian wakil rakyat beragama Islam dalam Pakatan Harapan (PH) yang mendiamkan diri berhubung isu bantahan DAP terhadap cadangan memperkenalkan tulisan khat dan jawi, khususnya di sekolah vernakular. Ketua Penerangan Badan Perhubungan Pas negeri, Badzli Bakar berkata, tulisan jawi merupakan tulisan asal orang Melayu sejak Melaka mula menerima kedatangan agama Islam. Jelasnya, huruf-huruf jawi adalah asalnya huruf Hija’iyah dalam al-Quran dengan sedikit penambahan untuk memasukkan…










