TUDM tubuh pasukan BOI - Utusan Malaysia

TUDM tubuh pasukan BOI

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 3 Ogos – Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) akan menubuhkan satu pasukan Laporan Lembaga Siasatan (BOI) bagi mengenal pasti punca kejadian sebuah pesawat jenis helikopter S61A-4 (Nuri) yang rosak teruk selepas melakukan pendaratan cemas dalam kawasan Kem Gubir, Kedah, semalam.

TUDM dalam kenyataan memaklumkan, pasukan BOI tersebut akan ditempatkan di bawah pemantauan Inspektorat MTU bagi meneliti dengan lebih lanjut tentang kejadian tersebut.

“TUDM tubuh pasukan BOI di bawah pemantauan MTU-Inspektorat bagi mengenalpasti dengan lebih lanjut punca kejadian berlaku,” katanya menerusi ciapan dalam akaun Twitter milik TUDM di sini hari ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Terdahulu, Panglima Tentera Udara, Jeneral Tan Sri Affendi Buang melakukan lawatan ke kawasan pesawat malang tersebut yang membuat pendaratan kecemasan.

Dalam kejadian kira-kira pukul 3 petang semalam, sebanyak empat anak kapal bersama 11 anggota Tentera Darat berdepan detik cemas dan nyaris maut apabila helikopter yang dinaiki mereka berpangkalan di Pangkalan Udara Butterworth sedang melaksanakan penerbangan untuk misi ulang bekal selepas melakukan pendarat cemas. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini