WASHINGTON 3 Ogos – Kurang 24 jam Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump menghapuskan perjanjian Kuasa Nuklear Jarak Sederhana (INF) 1987, beliau menyatakan hasrat membentuk perjanjian nuklear baharu yang lebih komprehensif disertai Rusia dan China. RT News melaporkan, Trump sudah memaklumkan perkara itu kepada Rusia dan China, selain menyatakan kedua-dua negara ‘teruja’ berhubung isu tersebut. Ini bukan kali pertama Trump menyatakan keinginan untuk mengurangkan pelan pembangunan senjata nuklear secara global.…










