KUALA LUMPUR 1 Ogos – Trend pembayaran secara elektronik (e-pembayaran) di Malaysia menunjukkan peningkatan ketara apabila jumlah transaksi pembayaran mudah alih meningkat 20 kali ganda dalam tempoh setahun. Penolong Gabenor Bank Negara Malaysia, Adnan Zaylani Mohamad Zahid berkata, bagi tempoh 2017 hingga 2018 jumlah transaksi pembayaran mudah alih meningkat kepada 34 juta berbanding kurang daripada dua juta sebelumnya. Menurut beliau, sejak 2011 negara telah mengurangkan penggunaan cek hampir separuh kepada…










