Tun Dr. Mahathir bin Mohamad, Perdana Menteri Malaysia, baru saja melancarkan logo Tahun Melawat Malaysia 2020 – rasminya kempen VM2020 – dalam acara penuh warna-warni di KLIA, 22 Julai lalu. Logo berikon kenyalang, batik, bunga raya, paku-pakis dan selainnya mula muncul di seluruh tanah air, malah ‘terbang’ ke pelusuk dunia melalui MAS, AirAsia, Malindo Air, dan FireFly. Logo TMM2020 turut terbentang di Sabiha Gokcen Istanbul, atas kerjasama operator Malaysia Airports…










