JOHOR BAHRU 3 Ogos – Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim berkenan menyempurnakan Istiadat Pentauliahan Diraja Pegawai Kadet Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (Palapes) Universiti Awam ke-38 yang di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) di sini hari ini. Istiadat Perbarisan Pentauliahan Diraja Pegawai Kadet Palapes yang diadakan di Dataran UTM itu melibatkan 16 detasmen daripada 18 universiti awam dan satu universiti swasta. Tunku Ismail berkenan menerima Tabik Hormat Diraja dan memeriksa…










