Kejadian lif terhempas yang menyebabkan lapan mangsa mengalami kecederaan di pangsapuri Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kampung Kerinchi, Kuala Lumpur semalam (2 Ogos) membuktikan terdapat kelemahan dari aspek penyelenggaraan dan pemeriksaan lif di PPR. Sementara menunggu hasil siasatan, semua pihak berkuasa tempatan (PBT) termasuk Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) perlu mengambil langkah sesuai dan tidak berkompromi dari segi keselamatan lif di rumah pangsa awam. Mereka perlu menukar lif yang lama serta…










