PENDANG – Kegiatan tiga sekawan yang disyaki menjadikan sebuah rumah di Kampung Rambai, Mukim Bukit Raya di sini sebagai markas untuk membungkus dadah berakhir apabila mereka ditahan polis tengah malam tadi. Ketua Polis Daerah Pendang, Deputi Superintendan Arriz Sham Hamezah berkata, bertindak atas maklumat, sepasukan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah Pendang menyerbu rumah tersebut kira-kira pukul 12.05 tengah malam. “Anggota polis masuk ke dalam rumah tersebut…










