ALOR SETAR 1 Ogos – Tiga orang remaja lelaki dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini, atas pertuduhan merogol seorang remaja perempuan berusia 13 tahun antara Mac hingga April lalu. Ketiga-tiga tertuduh yang berusia 15 tahun itu bagaimanapun mengaku tidak bersalah sebaik sahaja pertuduhan terhadap mereka dibacakan di hadapan Majistret Siti Norhidayah Mohd. Noor. Tertuduh pertama didakwa dengan empat pertuduhan manakala tertuduh kedua dan ketiga masing-masing satu dan dua…










