KUALA TERENGGANU 3 Ogos – Tiga pekerja resort yang dilaporkan hilang di perairan Pulau Tenggol di Dungun sejak Rabu lalu ditemukan selamat berhampiran sempadan perairan Malaysia-Thailand awal pagi ini. Fauzi Mohamad, 40, Muhammad Firdaus Mohd. Awalluddin, 25, dan Mohamad Hafiz Abd. Rahim, 22, dikatakan dijumpai oleh nelayan Thailand kira-kira pukul 11.30 malam tadi sebelum diselamatkan ke bot mereka. Difahamkan kesemua mangsa dalam keadaan baik dan kini berada di Platform Bunga…










