SEPANG – Dua penumpang cedera selepas sebuah bas persiaran yang dinaiki mereka terbabas dari sebuah jambatan dalam satu kemalangan jalan raya di Kilometer (KM) 0.6 Jalan Salak Tinggi-Nilai di sini pagi tadi. Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Abdul Aziz Ali berkata, bas itu dipercayai dari Terminal Bandar Tasik Selatan (TBS), Kuala Lumpur dan dalam perjalanan menuju ke Nilai, Negeri Sembilan. Katanya, dalam kejadian kira-kira pukul 6.38 pagi itu, pemandu…










