JAKARTA 31 Ogos -Gara-gara berang tidak dibenarkan membaca mesej WhatsApp, seorang lelaki bertindak membunuh isterinya di rumah sewa mereka di Kedoya Selatan, Jakarta Barat, di sini Rabu lalu. Detik News melaporkan, Sopiandi, 31, ketika disoal siasat di Balai Polis Kebon Jeruk, Jakarta Barat mengaku membunuh Siti Raudah, 43, kerana tindakan mangsa yang enggan membenarkannya membaca mesej WhatsApp mengundang kemarahannya sehingga menyebabkan dia bertindak di luar kawalan. Menurut suspek, isterinya menerima…










