PUTRAJAYA – Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Abdul Samad berkata, pihaknya tidak akan berkompromi dengan pihak yang didapati cuai berhubung kejadian lif jatuh di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kerinchi di Kuala Lumpur pada Jumaat lepas. “Kita akan siasat dan tidak akan ada ‘cover-up’. Kalau ianya merupakan akibat kecuaian ataupun kontraktor-kontraktor tidak membuat kerja, semua itu akan terbuka,” katanya selepas melancarkan kempen kibar Jalur Gemilang peringkat Putrajaya di Dataran Putrajaya di sini hari…










