KUALA LUMPUR 2 Ogos – Tiada kesan segera terhadap penarafan tanpa jaminan kanan A3 sekiranya penstrukturan yang diumumkan Tenaga Nasional Berhad (TNB) berjaya dilaksanakan, menurut Moody’s Investors Service. Naib Presiden dan Penganalisis Kanannya, Spencer Ng berkata, ini kerana ia tidak memberi kesan material kepada penilaian kredit asas (BCA) TNB baa2 atau jangkaan berkemungkinan mendapat sokongan daripada kerajaan. Katanya, BCA TNB dijangka kekal tidak berubah walaupun perubahan organisasi sebahagiannya melibatkan pentadbiran…










