KUALA LUMPUR 1 Ogos – Keputusan kerajaan untuk membina empat kapal misi pesisir (LMS) Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di China tidak memberi kesan negatif kepada pemindahan teknologi dan pengetahuan serta kebergantungan Malaysia kepada negara China. Kementerian Pertahanan dalam satu kenyataan hari ini berkata, perancangan asal adalah untuk membina dua unit LMS di China dan dua lagi di Malaysia, namun mengambil kira situasi kewangan semasa negara, kerajaan pada Oktober 2018…










