BUKAN hanya pembelajaran formal di sekolah, pendidikan alam sekitar juga sebenarnya boleh berlangsung secara tidak formal di luar kelas. Antara medium secara tidak formal adalah menerusi khutbah Jumaat. Inilah keunikan di negara majoriti Islam seperti Malaysia yang menjadikan khutbah Jumaat sebagai medium penting dalam menyampaikan mesej-mesej alam sekitar kepada masyarakat. Sebagai contoh, dalam khutbah Jumaat di masjid Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang, baru-baru ini, khatib menyentuh tentang mesej penjagaan alam…










