SELEPAS lebih 10 tahun, dua senjata digeruni milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) iaitu peluru berpandu anti kapal Exocet MM40 Block II dan Sea Skua mempamerkan taringnya. Kali ini kemampuan kedua-dua senjata tersebut diuji dalam siri latihan Eksesais Kerismas 26/2019 baru-baru ini. Apa yang membanggakan, kejayaan penembakan misil buatan Perancis dan United Kingdom (UK) itu sekali gus membuktikan kesiagaan dan keupayaan armada TLDM berada pada tahap tertinggi. Menurut Panglima Tentera…










