ARAU 2 ogos – Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail menegaskan bahawa sekarang terdapat peningkatan jumlah sisa e-waste yang disebabkan oleh ledakan pantas teknologi peralatan dan kelengkapan bertujuan bagi memudahkan urusan seharian termasuklah komputer, televisyen, telefon bimbit serta barangan elektrik dan elektronik. Sisa-sisa kelengkapan yang rosak ini, titah baginda, perlu diurus sebaiknya mengikut tatacara yang ditetapkan, kerana e-waste mengandungi bahan toksik dan logam berat yang berbahaya. “Namun begitu,…










