JOHOR BAHRU 3 Ogos – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) negeri menahan sebuah bot dinaiki tiga lelaki warga Indonesia yang disyaki melakukan kegiatan mencuri di kedudukan kira-kira 3.2 batu nautika tenggara Pulau Kukup, Pontian, malam tadi. Pengarahnya, Laksamana Pertama Maritim Aminuddin Abdul Rashid berkata, kesemua individu berusia lingkungan 23 hingga 43 tahun ditahan kira-kira pukul 12.30 tengah malam ketika kapal peronda Maritim Malaysia sedang melaksanakan Op Jaksa. Katanya, bot…










