NILAI – Sebanyak RM5.1 juta dana daripada Tabung Infaq Lil-Waqf Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (Angkasa) telah disalurkan kepada golongan kurang berkemampuan sehingga tahun lalu. Timbalan Presiden Angkasa, Datuk Kamarudin Ismail berkata, sumbangan sejak 2014 itu termasuk kepada golongan kurang upaya (OKU) bertujuan membantu meringankan beban mereka. “Dana yang disalurkan ini termasuk hasil infaq oleh Angkasa sendiri, anggota koperasi, pelanggan melalui potongan gaji, agensi korporat dan individu. “Kami agihkan dana…










