KUALA LUMPUR 2 Ogos – SUTL Global Pte Ltd, anak syarikat milik penuh SUTL Sports Retailing Pte Ltd, telah memasuki lapangan runcit sukan Malaysia dengan pengambilalihan sebanyak 51 peratus kepentingan pengendali kedai Nike terbesar negara, Sportsland Sdn. Bhd. Pengerusi SUTL Global, Arthur Tay berkata, berikutan pengambilalihan itu, Sportsland akan dinamakan semula sebagai SUTL Sportsland Sdn. Bhd. dan mengendalikan kedai jenama Nike di Kuala Lumpur, Ipoh dan Pulau Pinang, dengan kedai…










