PASIR GUDANG 3 Ogos -Tindakan pantas jiran-jiran membantu memadam api yang sedang merebak berjaya menyelamatkan seorang suri rumah dan anaknya berstatus orang kurang upaya (OKU) dalam satu kebakaran di sebuah rumah di Taman Kota Masai di sini pada pukul 7.35 petang semalam. Pada mulanya suri rumah itu, Zahara Jamsari yang baru mahu memasak untuk makan malam terkejut apabila menyedari kebakaran pada bahagian dapur dan dalam situasi kelam-kabut itu tangan serta…










