JOHOR BAHRU 23 Ogos – Pasaraya Econsave Malaysia hari ini tampil menghulurkan sumbangan berupa barangan keperluan harian kepada kakitangan Biro Utusan Malaysia Johor. Pengurus Besarnya, Mas Imran Adam berkata, sumbangan tersebut diserahkan di dua lokasi iaitu di Kuala Lumpur dan di negeri ini. Menurut beliau, sumbangan tersebut merupakan satu bentuk tanggungjawab sosial korporat (CSR) pihaknya terhadapnya syarikat akhbar ini. “Utusan Malaysia dan Kosmo! banyak membantu kami menjayakan pelbagai program sebelum…









