Penyanyi Sufian Suhaimi telah menimbulkan spekulasi gara-gara melakukan kejutan buat pelakon Jasmine Suraya pada majlis makan malam anjuran peminatnya hujung minggu lalu. Sufian yang mendendangkan dua buah lagu romantis termasuk lagu ‘berhantu’, Di Matamu pada acara makan malam sempena sambutan lima tahun penglibatan Jasmine dalam industri seni menjelaskan, hubungannya dengan pelakon jelita itu tidak perlu di jadikan bahan gosip. Bagaimanapun jelas penyanyi berusia 27 itu, dia amat meminati dan kagum…










