Solskjaer bakal lantik kapten baharu United - Utusan Malaysia

Solskjaer bakal lantik kapten baharu United

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON – Meskipun hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi sebelum musim baharu Liga Perdana England (EPL) akan membuka tirainya, Manchester United masih belum mengumumkan siapa yang bakal dilantik sebagai kapten baharu pasukan itu.

Bagaimanapun, pengurus United, Ole Gunnar Solskjaer berkata, dia akan membuat keputusan tersebut dalam masa terdekat bagi mencari pengganti kepada Antonio Valencia yang meninggalkan pa-sukan itu musim panas ini.

Pada saingan musim lalu, ada empat pemain iaitu David De Gea, Ashley Young, Nemanja Matic dan Juan Mata yang memakai lilitan kapten berkenaan ketika Valencia tidak diturunkan.

Memuatkan artikel berkaitan…

Ketika ditanya sama ada De Gea yang juga penjaga gol utama United bakal di-pilih sebagai kapten tetap pasukan itu bermula musim baharu nanti, Solskjaer menegaskan dia perlu membuat pilihan ke atas pemain-pemainnya berdasarkan beberapa kriteria.

“Kami memiliki pelbagai jenis kriteria dalam pasukan ini. David (De Gea) merupakan pemain yang mampu mengarah rakan sepasukan serta sudah banyak menabur bakti bersama pasukan ini. Kami akan umum dalam masa terdekat nanti,” kata Solskjaer.

Seorang lagi pemain yang turut dikaitkan sebagai calon untuk memegang pe-ranan sebagai kapten The Red Devils ialah Paul Pogba.

Dalam perkembangan lain, Solskjaer memberitahu, dia tidak menafikan United sedang bekerja keras untuk menyelesaikan dua urusan jual beli pemain sebelum aksi sulung EPL menentang Chelsea 11 Ogos ini.

“Buat masa sekarang, saya sudah puas hati dengan skuad sedia ada. Bagaimanapun, kami masih berusaha untuk melengkapkan beberapa perpindahan lagi bagi memastikan United memiliki pasukan yang kami mahukan,” ujarnya. 
– Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini