Serbuan di Felda, 151 karton rokok haram dirampas - Utusan Malaysia

Serbuan di Felda, 151 karton rokok haram dirampas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MERSING 2 Ogos – Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Dua berjaya menahan seorang suspek lelaki dipercayai memiliki rokok tidak bercukai dengan nilai anggaran sebanyak RN19,660.20.

Komander PPM Wilayah Dua, Asisten Komisioner Paul Khiu Khon Chiang berkata, suspek berusia 60 tahun itu ditahan dalam operasi yang dijalankan pada pukul 2 pagi kelmarin.

“Sepasukan 11 pegawai dan anggota PPM Wilayah Dua melakukan serbuan di sebuah premis di Felda Tenggaroh, Jemaluang.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Hasil siasatan menemukan sebanyak 151 karton rokok pelbagai jenis bernilai RM19,660.20 disimpan di dalam sebuah kotak di bilik air premis berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan di sini sebentar tadi.

Tambah Khon Chiang, suspek yang ditahan beserta barang rampasan dibawa ke Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Mersing untuk tindakan lanjut.

“Risikan lanjut dan serbuan akan dilakukan secara berterusan bagi menjaga undang-undang negara ini,” ujarnya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini