Serangan Amanah hanya peluru getah - Presiden Pas - Utusan Malaysia

Serangan Amanah hanya peluru getah – Presiden Pas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 2 Ogos – Pas tidak terkesan dengan serangan berangkai bekas pemimpin-pemimpin parti itu yang kini bersama Parti Amanah Negara (Amanah).

Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang malah menyifatkan serangan itu sekadar ‘peluru getah’ yang tidak memberi kesan kepada Pas.

Ahli Parlimen Marang itu malah berkata, beliau hanya perlu berdiam diri sahaja daripada membalas serangan Amanah.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Sekarang ini peluru Amanah itu peluru getah sahaja, dia tembak Pas tidak jadi apa (tiada kesan), jadi saya buat diam sahaja.

“Peluru itu tendang balik, kena dia (Amanah) balik,” katanya dalam sidang akhbar di Rusila, Terengganu hari ini yang turut disiarkan menerusi akaun Twitter beliau.

Amanah merupakan parti serpihan Pas yang ditubuhkan oleh bekas Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu dan dianggotai beberapa bekas pemimpin utama Pas seperti Mohamed Hanipa Maidin, Datuk Mahfuz Omar dan Khalid Abdul Samad yang kini mempunyai jawatan dalam Kabinet.

Antara kritikan utama pemimpin Amanah terhadap Pas adalah berhubung kerjasamanya dengan UMNO. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini