PADANG BESAR – Jabatan Penjara Kedah menyerahkan sepenuhnya kepada polis siasatan berhubung kes seorang tahanan di Penjara Sungai Petani yang meninggal dunia di Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) di sini pada Selasa lepas. Pengarahnya, Mohd Sabri Yaacob ketika ditemui Bernama enggan mengulas lanjut berkaitan isu tersebut kerana melibatkan dasar Jabatan Penjara. “Saya tak mahu komen apa-apa. Biar pihak polis menjalankan siasatan,” katanya selepas merasmikan majlis perbarisan dan penyampaian sijil tamat latihan…










