Semua wajar sokong tulisan Jawi - Utusan Malaysia

Semua wajar sokong tulisan Jawi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 4 Ogos – Penguasaan tulisan Jawi tidak terhad kepada masyarakat Melayu Islam sahaja tetapi juga turut dipelajari oleh orang ramai yang bukan daripada kaum tersebut termasuk pemimpin politik.

Pengerusi Pertubuhan Kebajikan Serantau Muslim, Dr. Raja Ahmad Iskandar Raja Ahmad Yaacob berkata, contoh yang boleh dilihat ialah bekas Naib Pengerusi DAP, Dr. Tan Seng Giaw yang cukup arif dan fasih membaca dan menulis Jawi.

“Kalau lihat sejarah, ia tulisan yang menyatupadukan rakyat Malaysia itu sendiri.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Pada zaman dahulu, pihak penjajah terpaksa mempelajari tulisan Jawi untuk fahami bahasa Melayu. Ia adalah medium untuk bahasa Melayu itu sendiri,“ katanya ketika dihubungi Utusan Online hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Kementerian Pendidikan yang bertegas untuk meneruskan pelaksanaan pengenalan tulisan Jawi dan seni khat dalam mata pelajaran Bahasa Melayu Tahun Empat pada 2020.

Menurut kementerian itu, tulisan khat merupakan warisan bahasa Melayu yang penting untuk dipelajari, sejajar dengan kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa perpaduan.

Raja Ahmad Iskandar memberitahu, sejak Inggeris datang ke tanah Melayu, ia berubah menjadi tulisan rumi yang kekal sehingga kini.

“Dahulu, ia jadi alat komunikasi untuk orang Melayu dan semua bangsa.

“Tidak timbul Jawi tulisan asing kerana ia adalah identiti Melayu itu sendiri. Alat komunikasi kita rakyat Malaysia dan ia sewajarnya diajar untuk semua kaum,” tegasnya. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini