KUALA LUMPUR- Selepas hampir 10 tahun hidup solo, penyanyi Sasha Saidin mengakui dia kini sedang menjalin hubungan istimewa dengan seorang lelaki berstatus duda. Sasha, 43, yang juga anggota kumpulan Elite itu memberitahu, teman lelakinya adalah kenalan daripada kecil, namun baru sahaja kembali rapat sejak beberapa bulan lalu. “Dia tidak tinggal di Malaysia sebaliknya menguruskan perniagaan di luar negara. “Hubungan ini masih baharu tetapi, saya mengharapkan mempunyai pengakhiran yang baik kerana…










