KUALA LUMPUR – Dua buah sekolah yang mewakili negeri Selangor muncul juara Pertandingan Akhir Choral Speaking Peringkat Kebangsaan 2019 anjuran Bank Rakyat dengan kerjasama Bahagian Pendidikan Sukan dan Seni, Kementerian Pendidikan di sini hari ini. Sekolah tersebut ialah Sekolah Kebangsaan (SK) Taman Megah, Petaling Jaya dan Sekolah Menengah Kebangsaan Subang Utama, masing-masing membawa pulang hadiah berupa piala pusingan dan baucar akaun simpanan i-Bank Rakyat bernilai RM4,000. Pertandingan bertemakan tersebut terbuka kepada…










