PULAU PINANG 3 Ogos – Seorang wanita berusia 36 tahun terselamat meskipun hanyut lebih lima jam serta sejauh kira-kira 20 kilometer (km) selepas dia bertindak terjun daripada Jambatan Pulau Pinang petang semalam. Dalam kejadian kira-kira pukul 5.30 petang itu, wanita berkenaan dilihat terjun di kilometer 6.8 Jambatan Pulau Pinang menghala ke Seberang Perai ketika jambatan tersebut sedang sesak dengan kenderaan berikutan orang ramai baru pulang dari bekerja. Ketua Polis Daerah…










