KUALA LUMPUR 1 Ogos – Sebahagian laluan di Jalan Taman Putra dekat sini akan ditutup dan dilencongkan sementara bagi memberi laluan kepada kerja-kerja pemasangan rasuk jambatan projek Lebuhraya Bertingkat Sungai Besi – Hulu Kelang (Suke) di Ampang, Selangor. Prolintas Highways memaklumkan, masa penutupan akan dilaksanakan selama tujuh jam bermula dari pukul 10 malam hingga 5 pagi pada esok hingga 6 Ogos ini. “Orang ramai dinasihatkan supaya mematuhi papan tanda keselamatan…










