KUALA LUMPUR 4 Ogos – Pertimbangan profesional demi kepentingan Universiti Putra Malaysia (UPM) merupakan sebab utama Kementerian Pendidikan memendekkan kontrak perkhidmatan Datuk Seri Syed Razlan Syed Putra Jamalullail sebagai Pengerusi Lembaga Pengarah universiti tersebut. Kementerian Pendidikan dalam kenyataan berkata, pihaknya amat menghargai sumbangan dan jasa Syed Razlan sepanjang beliau memegang jawatan tersebut. “Kementerian yakin keputusan ini mampu memacu UPM ke arah kecemerlangan dan mencapai tahap terbaik sebagai antara universiti awam…










