KOTA BHARU – Ketika orang sedang bersorak gembira menyambut kemerdekaan pada pagi 31 Ogos 1957, arwah ibu kepada anak merdeka, Mohd. Sa’adi Yahya, 62, sedang bertarung nyawa untuk melahirkan anak keempat daripada lapan beradik itu. Mohd. Sa’adi yang berasal dari Kampung Raja, Besut, Terengganu berkata, arwah ibunya, Che Itam Omar melahirkannya kira-kira pukul 8.00 pagi di rumah mereka setelah tiba-tiba sakit pada pagi hari bersejarah itu. Ujar Mohd. Sa’adi yang…










