KUALA LUMPUR 1 Ogos – Pelumba Jepun dan Indonesia, Ryo Murata dan Shindy Patricia Elisabeth menguasai kategori 100 kilometer (km) lelaki dan wanita terbuka edisi keempat acara larian denai Cameron Ultra Trail (Cultra 2019) di Cameron Highland, Pahang pada 27 Julai lalu. Ryo berjaya menamatkan jarak 100km setelah mengharungi laluan gunung penuh mencabar dengan masa keseluruhan 12 jam 52 minit mengatasi rakan senegara, Hisashi Kitamura yang mencatatkan masa 13 jam…









