ADA yang menyebut Malaysia ini umpama rojak. Kiasan itu memandangkan rakyatnya terdiri daripada pelbagai kaum dan agama. Setiap kaum dengan budaya masing-masing yang bebas diamalkan tanpa sekatan. Malah tahap kepelbagaian Malaysia ini hinggakan sistem sekolah pun ada pelbagai aliran. Satu seumpamanya di dunia barangkali. Sedangkan di dunia ini bukan hanya Malaysia negara pelbagai kaum, banyak lagi. Oleh kerana dasar asimilasi diamalkan seperti negara jiran sekitar Malaysia, ciri-ciri kepelbagaian mereka itu…










