RM18.2 juta pelbagai jenis dadah berjaya dirampas - Utusan Malaysia

RM18.2 juta pelbagai jenis dadah berjaya dirampas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PASIR MAS – Pelbagai jenis dadah yang bernilai RM18.2 juta berjaya dirampas oleh polis daerah ini sepanjang tahun lalu.

Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Abdullah Mohammad Piah berkata, dadah jenis pil kuda merupakan penyumbang terbesar kepada nilai tangkapan tersebut.

Menurutnya, kejayaan itu turut dipacu oleh usaha dan kerja keras anggota polis selain penyaluran maklumat daripada orang ramai yang turut membantu.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Saya harap masyarakat terus memainkan peranan dengan membantu polis melalui maklumat-maklumat berkaitan dadah.

“Hal ini penting kerana ia menjadi titik tolak kita dalam membanteras habis-habisan bahan terlarang itu,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melancarkan program Kampung Angkat Mukim Slow Machang Peringkat Pasir Mas, di sini hari ini.

Abdullah memberitahu, kejayaan itu melonjakkan lagi semangat anggota polis untuk terus berusaha membanteras kemasukan dadah ke negeri ini.

Katanya, dadah merupakan salah satu ‘musuh’ yang boleh memberikan kesan buruk kepada negara jika penyalahgunaan bahan itu tidak dibendung.

Dalam perkembangan lain, Abdullah berkata, kampung angkat menjadi ‘senjata’ baharu polis dalam usaha membanteras jenayah diperingkat akar umbi.

Katanya, projek itu turut menjadi serampang dua mata dalam usaha membanteras pegedaran dan penyalahgunaan dadah.

“Melalui program ini kita akan membuat rondaan berkala bagi mewujudkan persekitaran selamat di kawasan kampung-kampung terlibat.

“Kita juga akan berinteraksi dengan tujuan untuk mewujudkan hubungan dua hala antara polis dengan penduduk bagi membolehkan mereka lebih selesa untuk bersama kami,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini