KUALA LUMPUR 2 Ogos – Ringgit dibuka rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini susulan mata wang negara maju itu kekal kukuh disokong kenyataan Rizab Persekutuan di samping kebimbangan mengenai kemelut perdagangan AS-China yang berlarutan. Pada 9 pagi, ringgit berada pada 4.1500/1530 daripada 4.1440/1470 ketika ditutup pada Khamis. Ketua Pakar Ekonomi Bank Islam Malaysia Bhd, Mohd. Afzanizam Abdul Rashid berkata, wujud kebimbangan baharu mengenai pertikaian perdagangan antara dua kuasa…










