SHAH ALAM 2 Ogos – Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor yang berlangsung hanya dua hari, bukan sebagaimana sepatutnya, mencetuskan persoalan apa sebenarnya yang sedang berlaku di Selangor. Apakah sememangnya tempoh dua hari persidangan itu mencukupi atau sebenarnya ia berlaku disebabkan wujudnya pertembungan politik yang kini dilihat sedang menjurus kepada satu krisis lebih besar. Sumber kerajaan negeri memaklumkan Utusan Malaysia, tempoh persidangan DUN yang cuma berlangsung dua hari ada kaitan…










