Ribuan penjawat awam HK protes protes - Utusan Malaysia

Ribuan penjawat awam HK protes protes

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

HONG KONG 3 Ogos – Ribuan penjawat awam Hong Kong mengabaikan nasihat kerajaan apabila menyertai demons­trasi bagi mendesak pihak berkuasa membina semula keyakinan rakyat terhadap kerajaan, di sini semalam.

Channel News Asia melaporkan, demonstrasi tersebut me­nyaksikan penyertaan kali pertama penjawat awam dengan kebanyakannya memakai topeng hitam untuk menyembunyikan identiti mereka.

Seorang penjawat awam, Kathy Yip, 26, berkata, kerajaan sepatutnya memberi respons kepada permintaan bukannya menghantar polis di barisan hadapan bersama perisai.

Dalam satu surat terbuka sekumpulan penjawat awam kepada pemimpin Hong Kong Carrie Lam, mereka mendakwa Hong Kong sudah berada pada kemuncak keruntuhan.

“Hong Kong sentiasa menjaga kelakuan dan menikmati kebebasan yang tinggi namun kami sedih melihat penindasan ekstrim,” tulis surat itu.

Sementara itu, polis memberitahu, mereka telah menahan lapan orang termasuk pe­mimpin prokemerdekaan selepas merampas senjata dan bahan dipercayai membuat bom dalam satu serbuan.

Gelombang protes telah dirancang pada hujung minggu ini dengan protes besar-besaran diadakan Isnin ini melibatkan semua sektor seperti pengangkutan, sekolah dan korporat.

Protes yang bermula bagi membantah rang undang-undang ekstradisi semakin meluas apabila penunjuk perasaan meminta amalan demokrasi lebih meluas dan peletakan jawatan Lam. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×