Remaja perempuan warga Ireland hilang di Seremban - Utusan Malaysia

Remaja perempuan warga Ireland hilang di Seremban

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN – Seorang remaja perempuan warga Ireland, Nora Anne Quoririn, 15, dilaporkan hilang dari Resort The Dusun Pantai Hill dekat sini pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Mohd. Nor Marzukee Besar berkata, kehilangan remaja perempuan itu disedari oleh ahli keluarganya pada pukul 7 pagi.

“Keluarga dari Ireland terdiri daripada sepasang suami isteri bersama tiga anak bercuti di resort itu sejak pukul 7 pagi semalam.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Menurut keluarga remaja tersebut, Nora Anne disedari tiada di bilik penginapan mereka pukul 8 pagi ini. Menurut keluarga mangsa, remaja perempuan itu mempunyai masalah lembam,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Mohd. Nor Marzukee berkata, misi mencari mangsa oleh pasukan polis bersama unit anjing pengesan polis (K9) serta bomba dilakukan sejurus maklumat diterima.

Bagaimanapun, kata beliau, setakat malam ini mangsa masih belum dijumpai dan usaha mengesan remaja perempuan itu masih berjalan.

Sementara itu, sumber Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Sembilan memberitahu, usaha pencarian dilakukan di kawasan hutan di sekitar resort tersebut. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini