LONDON 2 Ogos – Seorang remaja maut selepas dirempuh sebuah kereta api di stesen Broxbourne, Hertfordshire, di sini. Mirror melaporkan, Mary Beary, 16, maut di tempat kejadian setelah dilanggar kenderaan tersebut kira-kira pukul 10 malam, waktu tempatan. Ambulans dan polis yang dikerahkan ke lokasi cuba menyelamatkan remaja itu namun gagal. Tragedi berkenaan turut mengakibatkan gangguan perkhidmatan kereta api Greater Anglia yang menghubungkan Jalan Liverpool dengan lapangan terbang Stansted.- AGENSI










